EBIM featured In Utusan Malaysia on June 18, 2016

Credit : Utusan Malaysia
Title : Bas Elektrik Beroperasi Awal 2017
By : Fazrina Ayu Raduian
Date : 18th June 2016
Source : utusan-malaysia-ebim

Azlan Merican (lima dari kiri) bersama jurutera dan kakitangan sokongan Sync R&D di samping bas elektrik pertama di negara ini di Ibu Pejabat syarikat tersebut di Shah Alam, baru-baru ini.

Azlan Merican (lima dari kiri) bersama jurutera dan kakitangan sokongan Sync R&D di samping bas elektrik pertama di negara ini di Ibu Pejabat syarikat tersebut di Shah Alam, baru-baru ini.

SHAH ALAM 17Jun – Syarikat pengeluar bas elektrik, Sync R&D Sdn. Bhd. menyasarkan bas elek​trik keluaran syarikat itu akan mula beroperasi awal tahun de​pan setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azlan Merican berkata, Bas elektrik ini mampu bergerak sejauh 200 kilometer dengan bateri penuh yang telah dicaj selama 3 jam akan menjimatkan penggunaan diesel sekali gus melindungi persekitaran dari pencemaran udara.

Kata beliau, syarikatnya yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak 2012 telah menghasilkan sebuah bas elektrik yang mengikut standard spesifikasi keselamatan antarabangsa yang ditetapkan di bawah United Nation Economic Commission for Europe (UNECE).

“Kita menggunakan sepenuh​nya kepakaran tempatan untuk menghasilkan sebuah bas elektrik berteknologi tinggi dan mengguna pakai teknologi hijau.

“Selain itu, badan bas yang di​per​buat daripada kaca fiber adalah lebih menjimatkan untuk jangka masa panjang dan papan pemuka dengan sistem berdigital akan memaksimumkan keupayaan perjalanan bas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas beliau, bas elektrik yang dianggarkan menelan kos kurang daripada RM1.5 juta itu perlu dicas selama kira-kira tiga jam untuk membolehkan ia mampu beroperasi kira-kira sembilan jam untuk membawa penumpang.

“Kemudahan yang ditawarkan oleh bas ini bukan sahaja memberi manfaat kepada jaringan pe​ngangkutan tetapi pada masa yang sama memberi keselesaan kepada rakyat,” ujarnya.

Azlan berkata, penghasilan bas elektrik ini selari dengan hasrat kerajaan dalam merintis usaha untuk menggunakan lebih banyak bas elektrik menjelang 2020.

Katanya, syarikat beliau juga akan bekerjasama dengan beberapa operator bas negara ini dan berhasrat mengembangkan perniagaan bas elektrik ke negara lain pada masa depan.

“Pasaran Malaysia telah bersedia untuk menggunakan bas elektrik dan kini hanya negara China yang pertama menggunakan bas ini. Kita berhasrat untuk menembusi pasaran negara lain dalam menghasilkan bas eletrik,” katanya.

Source : Utusan Malaysia, 18 June 2016