EBIM featured in Berita Harian Plus on June 15, 2016

Credit : BERITA HARIAN PLUS
Title : EBIM lambang inovasi tempatan untuk alam sekitar
By : Norashikin Leman
Date : 15th June 2016
bhnews@bh.com.my

SHAH ALAM : Bas Elektrik Inovasi Malaysia (EBIM) hasil rekaan dan pembangunan syarikat tempatan, Sync R&D Sdn Bhd, kini hanya menunggu kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk digunakan di jalan raya negara ini.

Model pertama EBIM hasil penyelidikan dan pembanguan dimulakan sejak 2011, sudah siap sepenuhnya untuk ujian sistem. Sebaik mendapat kelulusan pihak berkuasa, ia dijangka mampu beroperasi di jalan raya menjelang akhir tahun ini.

Teknologi yang diguna dan dipasang kepada EBIM, didakwa setanding pengangkutan awam elektrik buatan China dan Jepun, yang sebelum ini dibawa masuk untuk kegunaan di Melaka serta sekitar Bandar Sunway dan Subang di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Sync R&D, Shaik Azlan Merican Aboo Kassim, menyifatkan kejayaan menghasilkan EBIM yang direka, dibangun, dibuat dan dipasang sepenuhnya anak muda tempatan adalah suatu yang amat dibanggakan.

“Ketika idea bas elektrik ini dikemukakan, ramai tidak percaya kebolehan tenaga tempatan. Malah, ada yang memperlekeh usaha ini tetapi kami tetap optimis. Masyarakat kita sudah biasa menjadi pengguna produk teknologi dibangunkan syarikat asing.

“Jika ada kilang pengeluaran bas di negara ini, ia berfungsi sebagai pusat pemasangan dan tidak banyak membantu dari segi pemindahan teknologi kepada anak tempatan,” katanya.

 

BAS elektrik yang mesra alam hasil inovasi syarikat tempatan hanya menunggu kelulusan JPJ dan pihak berkuasa sebelum beroperasi di jalan raya menjelang akhir tahun ini.

BAS elektrik yang mesra alam hasil inovasi syarikat tempatan hanya menunggu kelulusan JPJ dan pihak berkuasa sebelum beroperasi di jalan raya menjelang akhir tahun ini.

KAKITANGAN menyiapkan Elektrik Bas Inovasi Malaysia (EBIM) di Shah Alam.

KAKITANGAN menyiapkan Elektrik Bas Inovasi Malaysia (EBIM) di Shah Alam.

Shaik Azlan berkata, persepsi semakin berubah sejak EBIM Berjaya dihasilkan, apabila pelbagai syarikat serta kerajaan negeri yang kini membudayakan dasar teknologi hijau, menunjukkan minat untuk bekerjasama dan mendapatkan pengangkutan itu.

Sementara itu Ketua Bahagian Pemasangan EBIM, Mohd Izwan Mohd Yusoff, berkata EBIM menggunakan sistem elektrik sepenuhnya dan antara ciri khas bas itu adalah menggunakan bateri LiFePO4.

“Kelebihan LiFePO4 adalah tidak mudah meletup meskipun terdedah kepada tahap kepanasan melampau kerana dilengkapi sistem pemantauan voltan dan suhu setiap bateri bagi tujuan keselamatan dan keseimbangan.”

“Jangka hayat bateri bas ini mampu mencapai tempoh enam setengah tahun, selain bergerak sejauh 200 kilometer dengan sekali caj dengan kelajuan maksimum 80 kilometer sejam. Ruang lantai lebih rendah memudahkan penumpang turun dan naik.”

EBIM / SHAH ALAM

KAKITANGAN bertungkus-lumus menyiapkan pembinaan EBIM di Shah Alam.

 

KAKITANGAN menyiapkan antara panel Elektrik Bas Inovasi Malaysia (EBIM) di Shah Alam.

KAKITANGAN menyiapkan antara panel Elektrik Bas Inovasi Malaysia (EBIM) di Shah Alam.

“Berukuran 12 meter panjang dan 2.5 meter lebar, EBIM dilengkapi sepenuhnya fasiliti untuk golongan OKU mempunyai kapasiti 67 penumpang,” katanya.

Beliau berkata, EBIM sesuai beroperasi dalam kawasan bandar dengan operasinya membolehkan penjimatan sehingga 70 peratus berbanding kos operasi penggunaan bas enjin diesel konvensional.

“Apabila mula dipasarkan kelak, kami mampu menghasilkan sebuah bas lengkap dalam masa seminggu, selain menyediakan stesen janaan semula serta perkhidmatan servis dan penyelenggaraan,” katanya.

MODEL pertama EBIM hasil penyelidikan dan pembangunan dimulakan sejak 2011

MODEL pertama EBIM hasil penyelidikan dan pembangunan dimulakan sejak 2011

MENYIAPKAN panel EBIM

MENYIAPKAN panel EBIM

 

Source : Berita Harian

Source : Berita Harian, 15th June 2016